Skip to content

Proton Malaysia

SUV SEGMEN B PROTON X50 TERBARU

  • by

proton x50
Sekali lagi rakyat Malaysia dipertontonkan dengan satu lagi model baharu dalam arena automotif Proton selepas pelancaran Proton X70 iaitu Proton X50.

Buku tempahan telah dibuka pada hari Malaysia 16 September yang lalu dengan bayaran tempahan sebanyak RM500 sahaja.

Spesifikasi reka bentuk yang menarik dan harga yang berpatutan menjadikan model terbaharu kenderaan utility sukan SUV segmen B Proton X50 keluaran Proton Holding Berhad ini sebagai pilihan pembeli meskipun keadaan pasaran yang agak mencabar ekoran penularan wabak Covid 19.

proton x50

Model Proton X50 yang berasal dari Geely Binyue China ini merupakan ‘adik’ kepada model Proton X70 yang berasal dari Geely Boyue.

Apa yang pasti, model keluaran SUV segmen B ini bakal bersaing hebat dengan model seperti Honda HRV, Toyota CHR dan Subaru XV.

Dari segi penampilan, ianya tiada banyak perbezaan antara Proton X50 dan Proton X70.

Menurut Proton, sekitar 406 komponen yang telah menerima rekaan baru.

Dan perbezaan paling ketara adalah pada rekaan gril infinite weave yang digunakan kontras hitam dengan bahagian panahnya kini berwarna merah.

proton x50

Varian dan Warna

Proton X50 mempunyai empat jenis varian iaitu varian 1.5T Standard, 1.5T Executive, 1.5T Premium dan 1.5 TGDI Flagship.

Sekiranya anda membeli varian spesifikasi tertinggi, pasti anda akan mengharapkan kereta pembelian itu mempunyai semua yang ditawarkan.

Jenama automotif nasional tersebut turut menyenaraikan pilihan enam warna untuk SUV segmen-B ini iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue, Citric Orange dan Passion Red.

Namun, bukan semua warna ini ada ditawarkan untuk semua varian.

Untuk varian asas Standard, ia hanya hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Snow White, Armour Silver dan Ocean Blue.

Untuk varian satu tangga lebih tinggi iaitu Executive pula akan ditambah dengan warna Jet Grey and Citric Orange.

proton x50

Manakala untuk varian tertinggi Premium dan Flagship, kelima-lima warna ini boleh dipilih dengan tambahan satu lagi warna iaitu warna hero, iaitu merah Passion Red.

Perbezaan ketara bagi varian Flagship adalah penampilannya dengan dua tona bumbung yang dihitamkan.

proton x50

Enjin

Enjin tiga-silinder 1.5L TGDi (1.5TD) dan transmisi 7-kelajuan (7DCT) yang menjadi sumber kuasa model SUV itu.

Enjin ini dibangunkan secara usahasama antara Geely dan Volvo di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Volvo di Gothenburg, Sweden, China Euro Vehicle Technology (CEVT) di Gothenburg, Sweden dan Institut Penyelidikan Automotif Geely di Hangzhou, China.

Selain itu, transmisi 7DCT telah dibangunkan oleh Geely mengikut piawaian Volvo, memberikan kecekapan maksimum 97.2 peratus dan masa tindak balas penukaran gear hanya 0.2 saat.

Ini sekaligus menjadikannya gandingan yang terbaik untuk enjin 1.5TD.

Untuk pasaran Malaysia, gandingan penjana 1.5TD+7DCT kini diguna pakai pada model Proton X50 1.5 TGDi varian Flagship, yang menjanjikan prestasi pemanduan yang hebat dan responsif, ditambah pula dengan kecekapan bahan bakar dan kehandalan yang telah pun terbukti.

proton x50

Exterior

Luaran anda boleh lihat berdasarkan rekabentuk model Geely Binyue, depannya sangat lawa. Lampu FULL LED yang sangat menawan.

Bahagian belakang kereta ini juga tidak mengecewakan daripada segi rekabentuknya.

Proton X50 dilengkapi dengan rekaan gril infinite weave dengan jalur bingkai warna merah dengan logo Proton baharu di tengahnya.

Ia menggunakan lampu utama LED dengan dua jalur DRL di dalamnya.

Semua varian Proton X50 dibekalkan dengan lampu hadapan LED, manakala varian Executive ke atas diberikan fungsi lampu automatik dan juga lampu kabus LED.

proton x50

Rim tayar proton x50 pula bersaiz 18 inci, tayar bersaiz ini adalah jauh lebih murah untuk diganti.

Ia lebih berkualiti , jimat dan selamat daripada yang besar.

Proton x50 juga menawarkan pakej aksesori yang merangkumi pintu belakang dengan alat pembaca tag pintar terpasang dengan harga RM3500.

Dari sisi tepi, anda boleh lihat lekuk dari penutup bonet hadapan disambungkan pada fender sisi dan sejurus ke pintu dengan mewujudkan satu garis yang cukup memberikan imej yang lebih elegan.

Cermin sisi belakang terdapat garisan bawah sama seperti Proton X70 dan tiang D diberikan kemasan hitam bagi membuatkan bumbung seakan terapung.

proton x50

Kesemua varian menerima kit badan yang kelihatan seperti sport dengan ciri seperti bamper hadapan yang kelihatan lebih garang dengan gril lebih besar, skirt sisi lebih menyerlah dan diffuser bamper belakang yang besar dan kemasan iras gentian karbon.

Namun rekaan spoiler yang diberikan memiliki dua slot.

Emblem TDGi diberikan pada bahagian bawah pintu model Flagship sahaja. Bagi model lain tidak disediakan emblem.

Interior

proton x50

Bagi rekaan dalaman, ianya masih sama seperti Proton X70.

Ia direka dengan menampilkan kemasan aluminium brushed serta corong penghawa dingin yang kelihatan seperti bahagian belakang enjin jet yang bersama ruang storan di bahagian belakang konsol tengah yang mirip rekaan dari Volvo.

Paparan panel instrumen digital dengan skrin LCD bersaiz tujuh-inci.

Untuk sistem infotainmen pula, model Premium dan Flagship menerima skrin beresolusi 1920×720 dengan saiz 10.25-inci, manakala varian yang lebih rendah diberikan skrin beresolusi 1024×600 dengan saiz hanya 8-inci.

proton x50    proton x50

Kedua-dua skrin tersebut dikuasakan dengan sistem Geely Key User Interface (GKUI) 19 sama seperti Binyue Pro.

Namun untuk hubungan 4G, versi yang lebih rendah menampilkan slot kad eSIM pada pemain utama, manakala versi tertinggi diberikan eSIM yang terletak di dalam kotak telemetik.

Ia menggunakan processor jenis quad core dan unit grafik (GPU) yang khas serta didatangkan dengan lebih banyak fungsi yang lain.

Selain itu, Proton x50 masih mengekalkan penampilan aplikasi yang sama dengan Proton x70 iaitu navigasi atas talian AMAP baharu dan aplikasi streaming muzik Joox.

Seterusnya, Proton x50 memiliki fungsi mirroring GDlink yang membolehkan aplikasi telefon pintar seperti ios dan android untuk digunakan pada skrin infotainment Proton X50 ini.

Kesemua varian memiliki sistem arahan suara “Hi Proton”.

Tetapi bagi varian seperti Standard dan Executive, sistem kawalan ini terhad kepada sistem infotainmen sahaja.

Manakala bagi varian Premium dan Flagship, kawalan yang digunakan ialah sistem elektronik lain seperti sistem penghawa dingin, tingkap berkuasa dan lain lain sistem yang sama dengan sistem Proton X70.

Untuk membezakan setiap varian, Standard menerima fabric dan paparan dari kamera undur pada skrin infotainmen.

Manakala bagi versi Executive menerima roda stereng yang dibaluti kulit.

Juga disediakan kulit sintetik bagi tempat duduk. Kedua dua varian ini diberikan kemasan hitam bahagian hiasan dalaman.

proton x50

Ciri Ciri Keselamatan

Ciri ciri keselamatan sangat penting dalam pemilihan automotif.

Adalah lebih baik jika kereta idaman yang anda inginkan memiliki fungsi keselamatan yang ketat.

Bagi model asas Proton X50, ia diberikan Empat Beg Udara, Sistem Brek ABS, EBD bersama BA, Kawalan Kestabilan Elektronik, Traction Control, Bantuan Mula Mendaki, Kawalan Menurun Bukit, Auto Break Hold serta cangkuk tempat duduk ISOFIX untuk kanak kanak dibelakang.

Bagi model Executive ke atas pula diberikan Enam Beg Udara.

Manakala untuk model Flagship, ia menampilkan fungsi pemanduan autonomous tahap 2 yang terdiri daripada Cruise Control Adaptif dimana hanya terdapat pada varian ini sahaja kerana varian lain di datangkan dengan fungsi pemanduan Cruise Control Biasa sahaja.

Diikuti dengan fungsi Stop And Go, Bantuan Kekal Tengah Dilorong, Bantuan Kekal Lorong dan Sistem Bantuan Parkir yang membolehkan ia parkir sendiri pada kedudukan yang selari dan betul.

proton x50

Proton menawarkan dua pakej aksesori untuk X50 ini iaitu pakej Urban dan pakej Utiliti, di mana kedua-duanya menawarkan fungsi pintu tailgate belakang berkuasa elektrik yang tidak diberikan secara standard pada semua varian Proton X50.

Untuk pakej Urban yang bernilai RM3,500, ia turut datang sekali dengan peranti SmartTag bina dalam, pelapik kaki jenis coil, dan juga pelindung cahaya matahari magnetik.

Manakala untuk pakej Utiliti yang berharga RM3,300 pula, ia terdiri dari pelapik kaki PVC, tray untuk ruang but dan juga kemasan scuff plate pada atas pintu.

Pakej pakej ini hanya ditawarkan kepada pelanggan yang berminat sahaja.

Harga

Seperti yang anda tahu sebelum ini, SUV segmen-B pertama dari Proton tersebut ditawarkan dalam empat varian berbeza.

Model paling asas Proton X50 Standard dijual pada harga RM79,200, diikuti varian Executive dijual pada harga RM84,800, model Premium pula berharga RM93,200, manakala versi tertinggi Proton X50 Flagship dijual pada harga RM103,300.

Ini adalah harga untuk semenanjung Malaysia, manakala di harga Sabah dan Sarawak semua varian adalah RM2,000 lebih tinggi.

Semua harga yang dinyatakan ini juga adalah harga atas jalan tanpa insuran dan pengecualian SST hingga 31 Disember, dan ia berserta perlindungan waranti selama lima tahun tanpa had perbatuan.

proton x50

Nampaknya, ciri ciri yang ada pada x50 ini sebenarnya sudah cukup baik.

Lebih lebih lagi pada yang mencari suv terbaharu. Ini kerana ia sangat sesuai dengan gaya pemanduan yang selesa untuk dipandu di Bandar dan LebuhRaya.