Kereta Proton Saga dibina dengan menggunakan landasan kereta Mitsubishi Lancer hasil kerjasama bersama syarikat permotoran daripada negara Jepun, Mitsubishi Motors Corporation.
Model-model lain seperti Proton Wira dan Proton Waja turut terhasil daripada kerjasama ini.
Sebenarnya, bagi sesebuah negara yang masih dianggap sebagai negara membangun, ia adalah sukar untuk membangunkan sebuah industri automotif tanpa sumber teknologi dan juga kepakaran secara tempatan.
Kereta Proton Saga sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Ia boleh dikatakan model yang paling laris keluaran Proton.
Kereta yang berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore ini antara kereta yang mampu milik.
Proton Saga generasi ketiga mula diperkenalkan dipasaran secara rasmi pada tahun 2016.
Kini, setelah hampir tiga tahun kemudian, ia mendapat kemaskini yang pertama sebagai model facelift.
Diperkenalkan dengan empat jenis varian pada pengeluarannya sebelum ini, kali ini Proton Saga muncul dengan tiga varian sahaja iaitu Standard MT, Standard AT dan juga Premium AT.
Sebagai model facelift, Proton Saga ini masih mengekalkan bentuk yang sama seperti yang sebelum ini Cuma terdapat banyak kemaskini, pembaharuan dan penambahbaikan dalam peningkatan prestasinya.
Menjadi Proton Saga yang baru mewarisi sejarah panjang ketika model ini pertama kali dikeluarkan pada 1985, model terbarunya kini seolah-olah telah sampai pada tahap kematangan yang belum pernah dicapai oleh mana-mana versi Saga sebelum ini.
Ia memang selalu menjadi model “entry-level” untuk Proton yang juga diposisikan sebagai kereta dalam segmen B yang kemudiannya beralih kepada segmen A ketika ini.
Sukar untuk menafikan kematangan dan nilai yang diberikan oleh kereta ini.
Pada penulisan saya kali ini, ingin saya kongsikan kepada anda spesifikasi baharu yang dikemaskini pada pengeluaran Proton Saga ini.
Varian Dan Warna
Seperti yang diketahui, Saga kini ditawarkan dalam tiga varian berbeza berbanding empat pada model asal generasi ketiga yang dilancarkan pada tahun 2016.
Versi asas Standard MT dan Standard AT serta versi tertinggi Premium AT masih lagi kekal, tetapi model pertengahan Executive AT sudahpun digugurkan.
Kesemua model Saga 2021 juga akan hadir dengan lampu hadapan reflektor halogen, dan lima pilihan warna iaitu Jet Grey, Snow White, Ruby Red, Armour Silver, dan Rosewood Marron.
Enjin
Proton Saga akan terus dijana oleh enjin empat silinder 1.3 liter yang menghasilkan 95 PS pada 5,750 rpm dan tork 120 Nm pada 4,000 rpm.
Saga pada masa ini masih boleh didapati dengan transmisi manual lima kelajuan.
Kemaskini yang baru pada 2021 ialah punch CVT digantikan dengan kotak gear automatic penukaran tork empat kelajuan. Sistem ini menjadikannya lebih senyap dan lancar.
Jenis 4AT juga lebih berkemampuan untuk menyalurkan kuasa ke roda dengan rasa atau feel yang lebih memuaskan.
Top speed meter proton saga ini juga boleh memacu sehingga 220km/j dengan fuel tank sebanyak 40 liter. Menarik? Ya memang menarik.
Exterior
Memang betul reka bentuk dan design adalah sesuatu topic yang subjektif. Cantik di mata kita tak semestinya cantik di mata orang lain.
Bagi kereta Proton Saga Premium, ia didatangkan dengan bampar gril infinite weave depan dan belakang yang baru berserta LED daytime running light. Di serikan lagi dengan kemasan krom dibawahnya.
Rekaan lampu utama nya di kekalkan Cuma di bahagian bampar diberi rekaan baharu yang lebih elegan.
Bahagian bawah bampar ini juga menempatkan bukaan udara yang melintang lebih panjang dan menjadikan kereta kompak ini lebih lebar.
Jika dilihat dari sisi tepi pula, rim yang digunakan masih kekal disaiz sama bagi Premium dengan saiz 15 inci.
Rekaan yang baru ini lebih menarik dan jejari rim yang digunakan lebih sporty dengan gabungan dua tona warna.
Rekaan bahagian belakang pula direka khas mengikut rekaan hadapan.
Lampu masih mengekalkan rekaan yang lama tetapi anda boleh lihat tambahan emblem PROTON dan juga spoiler yang menyerikan lagi bentuk belakangnya.
Perubahan paling jelas dibahagian bampar dengan rekaan bucu baru disisi untuk menempatkan rekaan ala laluan udara seperti rekaan mirip Mercedes benz. Jalur kemasan krom juga ditambah dibawah menjadikkannya lebih kelihatan premium.
Perubahan yang terdapat pada rekaan luaran saga 2021 adalah :
design gril baharu, ‘Infinite Weave’ yang sama seperti X70, Iriz dan Persona
Panel krom horizontal bawah gril
Lampu siang (DRL) LED tepi bampar
Rim sport baharu, paten kelopak bunga (varian Premium)
Tulisan krom ‘PROTON’ di pintu but
Spoiler atas pintu but
Bampar belakang baharu, ada ventilator udara di kiri dan kanan
Difuser baharu bawah bampar ala ekzos fake dengan kemasan krom
Tiada lagi slot kunci but
Saiz brek cakera lebih besar, sama dengan Iriz dan Persona.
Interior
Tidak ketinggalan juga pengubahsuaian rekaan dalamannya yang memberi banyak peningkatan terutamanya pada varian Premium AT.
Apa yang menarik perhatian adalah rekaan skrin apung yang sangat menonjol.
Skrin ini diciptakan dengan resolusi warna yang tinggi, cantik dan mudah dikendalikan oleh semua peringkat umur.
Jika anda merupakan pengguna telefon pintar Android, anda boleh menyambungkan kabel melalui EasyConnection yang berfungsi untuk membolehkan telefon anda dipaparkan pada skrin sentuh apung itu.
Bluetooth juga salah satu fungsi yang tersedia untuk digunakan.
Rekaan pada bawah skrin apung ini direka dengan ditambahkan corong penghawa dingin yang diturunkan sedikit kebawah, tulisan proton yang kemas dan juga storage compartment untuk meletakkan barang seperti kad, duit dan sebagainya.
Apa yang menarik ialah rekaan tempat duduk yang dibaluti fabric yang bukan seperti fabric biasa dan murah.
Permukaannya juga sangat lembut jika disentuh. Ia memberikan keselesaan yang mendalam pada pemandu dan penumpang ketika dalam perjalanan yang jauh.
Bagi instrument cluster, ia juga menerima rekaan baru walaupun hanya menggunakan paparan monochrome, ia lebih mudah dilihat kerana saiz tulisan yang lebih besar dan kemas.
Cuma sterengnya jika datang dengan balutan kulit terutama untuk varian Premium mungkin akan jadi lebih menarik.
Kunci remote juga baru, datang sekali dengan butang untuk buka ruang but di belakang.
Perubahan yang terdapat pada rekaan dalaman saga 2019 adalah :
Unit infotainment skrin sentuh apung 7 inci
Ada sambungan Bluetooth, storan 16GB sambungan Android
Ada 3 palam USB (1 usb untuk data transfer, 2 usb untuk cas)
Panel meter baharu
Design fabrik baharu
Kabin lebih senyap
Ciri Ciri Keselamatan
Ciri ciri keselamatan terbahagi kepada dua iaitu fungsi keselamatan yang terdapat pada semua varian dan ciri keselamatan yang hanya terdapat pada varian premium sahaja.
Proton saga 2021 merupakan satu satunya kereta segmen A yang ada ESC dan TCS.
Setiap varian akan dapat:
2 beg udara
Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
Agihan Brek Elektronik (EBD)
Bantuan Brek (BA)
Sensor parkir
ISOFIX dengan pautan atas.
varian Premium, tambahan ciri keselamatannya ialah :
Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
Sistem Kawalan Traksi (TCS)
Bantuan naik dan turun Bukit (HHA)
Sensor parkir depan
Kamera undur
Harga
Tentunya, ramai yang tertunggu-tunggu maklumat berkaitan harganya.
Varian paling asas, Standard MT akan dijual pada harga RM32,800, diikuti Standard AT pada harga RM35,800.
Manakala bagi varian paling lengkap pula, Premium AT, ia dijual pada harga RM39,800. Ianya merupakan harga atas jalan dan tidak termasuk insurans.
Kenapa proton saga 2021 menjadi pilihan?
Seperti yang kita tahu, kereta Proton Saga adalah sejenis kereta sedan. Jika kita lihat secara am, ramai yang lebih memilih kereta sedan sebagai kereta utama mereka. Tapi kenapa? Berikut adalah sebab-sebabnya:
•Saiz
Kereta sedan mempunyai saiz yang sesuai dan selesa terutamanya di bandar.
Urusan kerja seharian di bandar sebenarnya tidak memerlukan sebuah kenderaan yang besar.
Cukup sekadar kereta sedan seperti kereta Proton Saga. Ianya senang untuk dipandu dan senang untuk diparkir.
•Selesa
Jika dibandingkan kereta jenis SUV, sistem gantungan sesebuah sedan sebenarnya direka lebih lembut.
Kereta jenis SUV direka untuk pemanduan di atas jalan yang tidak rata. Dan disebabkan itu, sistem suspensinya lebih keras.
•Kestabilan
Kereta sedan seperti kereta Proton Saga mempunyai dimensi yang lebih rendah jika dibandingkan dengan kereta jenis SUV.
Ia sekaligus menyumbang kepada titik graviti yang lebih rendah serta memberikan pemanduan yang lebih stabil.
•Lebih Murah
Selain itu, antara sebab kenapa kereta sedan seperti kereta Proton Saga adalah kerana harganya yang lebih murah.
Walaupun dengan harga yang murah, kereta sedan juga mempu untuk menawarkan ciri-ciri yang moden seperti kereta jenis SUV.
•Ruang Kargo
Satu masalah umum yang ada pada mana-mana SUV/crossover adalah ruang kargo yang terhad, dan untuk ruang yang lebih luas, anda perlu melipat tempat duduk baris kedua (atau baris ketiga jika perlu)
Namun untuk sedan, tiada sebarang masalah kerana bentuk tiga kotak tradisional menawarkan ruang kargo yang besar, tanpa mengorbankan ruang penumpang.
Kesimpulannya, proton saga masih mengekalkan kedudukannya sebagai sedan paling kompak dengan harga yang sangat berbaloi.
Setakat seminggu selepas pelancarannya, purata Proton mencatatkan 500 tempahan sehari.
Ini tentunya satu hal yang baik untuk Proton. Dan lebih penting, Saga 2021 juga memberikan kelebihan yang banyak kepada pengguna.