Skip to content

Proton Malaysia

Proton Iriz Baru 2022: Ciri-Ciri dan Harga Penuh

  • by

iriz 2022

Proton telah melancarkan secara rasmi Proton Iris baharu versi facelift yang ditampilkan dengan reka bentuk yang lebih menarik dan ciri ciri yang dipertingkatkan supaya kekal di kedudukan pasaran tempatan.

Bagi sesiapa yang meminati kereta jenis hatchback yang sporty dan selesa, Proton Iriz merupakan pilihan terbaik untuk dimiliki pada masa kini.

Dengan harga yang berbaloi, Proton Iriz sangat sesuai bagi mereka yang bujang atau mempunyai keluarga kecil kerana saiznya yang kecil dan mudah untuk melakukan pergerakan bebas.

Proton Iriz yang memiliki tahap kestabilan yang kukuh kini diberi nafas baru dengan peningkatan dari segi spesifikasi, keselamatan, pengendalian dan juga keselesaan.

Kemaskini pertama adalah pada tahun 2017 dengan mengurangkan tahap kebisingan, gegaran dan kekerasan (NVH).

Untuk penggunaan bahan api yang lebih baik, Proton Iriz telah mengurangkan jumlah enjin mounting dari empat ke tiga.

Kemaskini seterusnya pada 2019 dengan lebih komprehensif untuk Proton Iriz yang merangkumi bahagian luaran yang direka semula dan diperbaharui.

Varian

Jenama Proton yang dikenali rakyat Malaysia secara rasminya memperkenalkan tiga jenis varian kepada media iaitu varian 1.3L Standard CVT, 1.6L Executive CVT dan varian tertinggi iaitu 1.6L Active CVT.

Direka bentuk dengan rekaan badan yang sama tetapi ditambah dengan sedikit spesifikasi advance mengikut varian dan harga.

iriz 2022

Enjin

Proton Iriz (2019) dijana enjin 4-silinder sebaris 16 injap DOHC dalam dua enjin 1.3L (93hp @ 5,750rpm, 120Nm @ 4,000rpm) dan 1.6L (107hp @ 5,750rpm, 150Nm @ 4,000rpm) dengan pilihan dua transmisi, manual 5-kelajuan (varian Standard 1.3L MT sahaja) dan CVT, manakala sistem bahan api menggunakan teknologi Suntikan Multipoin (MPI).

Kapasiti tangki ialah 40 liter dan turut disertakan bersama mod Bantuan Pemanduan ECO untuk semua varian.

Sistem ini menggunakan strut MacPherson dan bar stabiliser di depan dan tork beam di belakang.

Sistem brek yang digunakan ialah cakera brek di depan dan brek di belakang.

Rekaan Luaran

Seperti yang diketahui, Iriz facelift 2022 ini dilancarkan sekali dengan kembar sedannya iaitu Persona.

Untuk kali ini, Iriz dan Persona berkongsi lampu, gril dan bampar yang sama, cuma dibezakan dengan beberapa perincian kecil.

Kluster lampu masih nampak sama seperti sebelum ini, namun gril infinite weave telah direka semula yang kelihatan hampir sama seperti gril pada Proton X50, lengkap dengan jalur serlahan merah di bawah dan juga logo baru Proton berbentuk bulat di tengah.

Rekaannya kini kelihatan lebih garang kerana jalur krom pada bahagian atas lampu dan gril nya diganti dengan jalur kemasan hitam yang berkilat.

Bampar model ini juga dikemaskini dengan perubahan ketara dimana bahagian lampu nyalaan siang LED direka lebih berotot bersama bahagian bawah yang direka seakan spoiler.

iriz 2022

Manakala untuk versi Active, kemasan yang diberikan menjadikannya tampak kemas dan lebih lasak seakan sebuah model SUV.

Model ini diberikan pelindung plastic bawah sisi badan pada pintu dan juga fender flare pada setiap ruang roda yang kelihatan seperti dilekatkan bot allen.

Pelindung berkenaan diberikan disekeliling badan, dilengkapkan menerusi skid plate kemasan perak pada bampar hadapan dan belakang serta pada skirt sisi.

Dibahagian sisi dan belakang dicipta dengan rekaan baharu pada rim dimana kemasan hitam pada pintu tailgate dan juga diberikan jalur merah pada kemasan bawah bampar.

Bagi saiz rim aloi menerima 15 inci bagi model 1.3 standard, dan 15 inci bagi 1.6 Executive.

Gril bawah bampar bagi Proton Iriz active juga berbeza kerana ia satu satunya varian Iriz yang menerima lampu hadapan jenis LED dan dilengkapi dengan rel bumbung berwarna perak yang nampak menyerlah pada bumbung berwarna hitam.

Rekaan Dalaman

Bagi rekaan dalaman, perubahan ketara jelas kelihatan terutamanya pada tengah papan pemuka dan juga konsol terowong.

Skrin infotainment di olah supaya kelihatan lebih besar dengan rekaan tegak di penghawa dingin yang direka melintang di bawahnya. Bagi ruang dalamannya, ia mencukupi dan memuaskan untuk penumpang bersaiz sederhana.

Ruang kaki dan ruang kepalanya juga cukup selesa. Malah tempat duduknya agak besar, lebih merasai keselesaan dengan tempat duduk fabrik berbanding balutan kulit (bagi varian Premium).

iriz 2022

Tempat duduk pemandu dengan kerusi semi-bucket memang terbaik dan menyokong kedudukan badan secara maksimum.

Ia boleh dilaraskan secara manual untuk keselesaan yang lebih sesuai.

Antara kelebihan dalaman bagi model premium 1.6L ialah kemasukan kunci pintar dengan butang penghidup enjin, roda stereng balutan kulit yang disertakan dengan butang kawalan audio, kekemasan kulit pada bahagian permukaan dalaman pintu, skrin saiz 6.2 inci yang dilengkapi dengan dvd, usb, Bluetooth, aux dan wifi.

Paparan navigasi dan kamera undur juga disediakan.

Ciri Ciri Keselamatan

Bagi Proton, faktor keselamatan sangat dititik beratkan bagi model ini.

Bagi keselamatan pula, kesemua varian menerima kawalan kestabilan elektronik, cangkuk tempat duduk kanak-kanak Isofix dibelakang, serta menerima bantuan mula mendaki.

Model Standard masih kekal dengan dua beg udara, namun model Executive kini sudah pun menerima enam beg udara.

Proton Iriz 2022 juga menerima penarafan lima-bintang bagi ASEAN NCAP terbaru yang dilakukan pada Disember 2020.

Antara ciri keselamatan terdiri daripada :

• 2 beg udara SRS, varian Premium 1.6L CVT dibekalkan 6 beg udara
• Pautan kerusi ISOFIX pautan atas
• Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
• Agihan Brek Elektronik (EBD)
• Bantuan Brek (BA)
• Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC)
• Sistem Kawalan Traksi (TCS)
• Bantuan Pegun Bukit (HHA)
• Sensor Parkir Depan
• Kamera Undur dengan Garis Dinamik (varian Executive 1.3L CVT, Executive 1.6L CVT dan Premium 1.6L CVT)

Apakah itu ABS dan EBD? Dan bagaimanakah ABS dan EBD ini berfungsi? Mari saya jelaskan.

iriz 2022
ABS adalah singkatan bagi anti lock braking sistem yang merupakan dari inovasi sistem pertahanan pada kenderaan untuk menjaga keselamatan pengendara dengan mekanismenya dapat menghindari terjadinya penguncian roda ketika dilakukan penghentian laju secara mendadak.

EBD bermaksud Electronic Brake-force Distribution atau sistem agihan kuasa brek elektronik. Fungsi utama EBD ialah mengagihkan kuasa brek dengan betul di keempat-empat penjuru tayar.

iriz 2022

Warna Dan Harga

Dari segi warna yang disediakan, Proton Iriz menyediakan warna mengikut varian.

Bagi varian Standard, warna yang ditawarkan seperti Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Blue Ocean Dan Ruby Red. Bagi varian Executive, warna yang sama cuma terdapat tambahan Citric Orange.

Bagi varian Active pula, dihidangkan dengan warna baharu yang lebih menarik iaitu Passion Red.

Dengan harga yang ditawarkan iaitu RM40,800 bagi varian 1.3L dan RM47,800 hingga RM54,800 untuk varian 1.6L, pemilikan Iriz ini dilihat sangat berbaloi.

Apatah lagi dengan adanya waranti selama lima tahun dan servis percuma selama tiga tahun daripada Proton yang menambahkan lagi ‘bonus’ untuk pemilik model ini.

Proton, Iriz dijual dengan harga yang cukup berpatutan, dengan elemen keselamatan yang penting serta kekemasan terutamanya pada bahagian dalamanya boleh dikatakan hampir mirip dengan model pesaing jenama luar.

Begitu juga dengan imej luaran yang ditonjolkan juga cukup menarik pada pandangan mata.

Malah Proton juga memiliki impian yang besar untuk menembusi pasaran global secara lebih meluas lagi.

Maka, penghasilan Iriz dilihat sebagai ‘batu loncatan’ bagi Proton merealisasikan impian ini.

Sebagai rakyat Malaysia, tak salah sekiranya kita memberi peluang kepada pengeluar automotif tempatan ini dalam ‘membersihkan’ imejnya.