Skip to content

Proton Malaysia

Proton Exora Baru 2022: Ciri-Ciri dan Harga Penuh

  • by

exora 2022
Proton Holdings Berhad (Proton) sebagai pengeluar kenderaan jenama Proton telah melancarkan Proton Exora Baharu 2020 yang dilengkapi dengan konsep..

‘Intelligence That Moves’ atau kepintaran yang membawa perubahan bagi memperlihatkan bukan sahaja ciri-ciri pintarnya tetapi juga prestasi dan keluasan terbaik dalam kelasnya yang menawarkan muatan sehingga tujuh orang dewasa.

Proton Exora versi dipertingkat (facelift) dilancarkan secara rasmi dengan menampilkan kemas kini luaran dan dalaman, termasuk dilengkapi sistem infotainment pintar, ‘Hi Proton’, sama seperti dimiliki model facelift terdahulu, Iriz dan Persona.

Nilai jualan unik bagi Proton Exora sudah tentulah ruangnya yang luas dan praktikal. Aspek ini yang telah melariskan jualan Proton Exora dan pelaris tersebut kekal sehingga kini.

Tiada pengurangan ruang dalam sebarang kemaskini Proton Exora, sesuai dengan jangkaan pembeli.

Varian dan harga

Proton Exora mengeluarkan dua jenis varian iaitu varian Executive 1.6T CVT dan Premium 1.6T CVT.

Harga jualan bermula dari RM59,800 untuk varian Executive 1.6T CVT dan RM66,800 untuk Premium 1.6T CVT, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Harga yang ditawarkan untuk model kali ini adalah lebih murah berbanding model sebelumnya dengan pengurangan harga sehingga RM2,547.

Kedua-duanya didatangkan dengan pakej servis selama lima tahun dengan tiga kali percuma kos upah dan pakej data percuma satu GB sebulan selama lima tahun.

Selain itu, Proton juga menawarkan kadar faedah rendah bermula dari 2.76 peratus dan pakej perlindungan insurans percuma.

Antara kelainan dan pembaharuan yang ditampilkan pada model ini ialah sistem infotainmen yang sama dengan model X70, Persona 2019 dan Iriz 2019.

Enjin

Model ini merupakan satu-satunya model mpv di dalam kelasnya yang dilengkapi enjin pengecas turbo 1.6 liter.

Dengan 140PS pada 5,000 rpm dan 203Nm tork dari 2,000-4,000 rpm, Exora ini mampu memberi tindak balas dengan pantas terhadap sebarang pemanduan yang dilakukan.

Kelajuan dipadankan untuk memastikan pengendalian yang selesa di mana para jurutera casis Proton telah menukar pemanduan dan pengendalian bagi memberi keseimbangan pengendalian yang baik dan pemanduan yang selesa.

Rekaan luaran dan dalaman

exora 2022
Prestasi dan keluasan terbaik di dalam kelasnya yang menawarkan muatan sehingga tujuh orang dewasa.

Exora turut dilengkapi dengan sistem infotainment pintar yang menjadikan Proton sebagai pengeluar yang memperkenalkan ciri ciri pertama untuk segmen pasarannya.

Pada varian Premium 1.6T, kad esim yang terbina di dalamnya memastikan terdapat sambungan elektrik mudah alih bagi memberi pengalaman multimedia yang terbaik dan tiada tandingan.

Turut ditawarkan dalam varian kali ini ialah aplikasi penstriman muzik, navigasi dalam talian dan kemas kini cuaca dan boleh diakses menerusi skrin sentuh tujuh inci dengan paparan warna.

Sistem tersebut menyambungan telefon pintar dan berfungsi sebagai cerminan bagi telefon Android.

Aplikasi pengecaman suara juga ditawarkan dan boleh diakses dengan hanya menggunakan kata kunci “Hi Proton”.

Ia merupakan permulaan bagi penggunaan pelbagai fungsi lain dengan hanya menggunakan arahan suara untuk melalukan pencarian terperinci seperti memilih lagu dan mencari jalan.

Fungsi ini juga membolehkan pemandu menumpukan perhatian terhadap pemanduan mereka sambil mencari dengan cara yang selamat.

Gabungan meter baharu yang memberikan pandangan yang jelas pada maklumat yang disediakan pada paparan meter juga adalah penting.

Cermin pandang belakang yang tidak menggunakan bingkai juga menjadikan pandangan yang lebih luas untuk melihat pengguna jalan raya yang lain selain daripada keluasan ruang dalaman kekal.

See the source image

Dalam pada itu, satu antena yang baharu telah dipadankan dengan panel bumbung luar hitam untuk kelihatan lebih sporty manakala satu warna baharu iaitu Rosewood Maroon, memperlihatkan MPV itu lebih menonjol tidak kira di mana sahaja anda memandunya.

Di ruangan dalaman pula, rekaan upholsteri baharu menambah sentuhan mewah dan meningkatkan lagi keselesaan tempat duduk.

Kereta jenis mpv ini lengkap dengan teknologi keselamatan yang digabungkan dengan kemudahan seperti sensor tempat letak kereta di belakang dan kamera undur.

Ruang penyimpan barang juga agak besar dan banyak. Kami mengira ada 10 ruang peletak cawan dalam Proton Exora beserta dengan penyangkut air.

Sentuhan yang baik untuk sebuah model citra tempatan.

Sebagai sebuah MPV Segmen C, ruang kargo belakang pada Proton Exora sudah tentu luas. Untuk rujukan, ruang kargo Proton Exora adalah sebanyak 132 liter.

Tempat duduk baris ketiga boleh dilipat untuk memberikan anda lebih ruang.

exora 2022

Ciri ciri keselamatan

Masih mengekalkan ciri keselamatan yang sama, iaitu Dengan dua beg udara hadapan, kawalan kestabilan elektronik (ESC), brek cakera di sekeliling, brek anti-kunci (ABS), agihan brek elektronik (EBD) dan tali pinggang hadapan dengan fungsi untuk mengetatkan.

Apa itu ABS?

ABS adalah singkatan bagi anti lock braking sistem yang merupakan dari inovasi sistem pertahanan pada kenderaan untuk menjaga keselamatan pengendara dengan mekanismenya dapat menghindari terjadinya penguncian roda ketika dilakukan penghentian laju secara mendadak.

exora 2022

Apa itu EBD?

EBD bermaksud Electronic Brake-force Distribution atau sistem agihan kuasa brek elektronik. Fungsi utama EBD ialah mengagihkan kuasa brek dengan betul di keempat-empat penjuru tayar.

exora 2022

Apakah Kelebihan Proton Exora?

exora 2022

1. Saiz besar

-Body saiz Exora memang besar dan cantik. Setiap lenggokan ketika pemanduan ketika bergerak terasa sangat konfiden. Saiz yang besar juga menjadikkannya kereta yang boleh dinaiki untuk satu keluarga yang besar.

2. Ruang luas

-Ruang yang luas memberikan keselesaan yang berbeza jika memandu terutama bagi perjalanan yang jauh jika dibandingkan dengan ruang yang kecil dan sempit.

3. Proton handling

-Memang tak dapat dinafikan kelebihan teknologi by proton handling. Keseronokan memegang stereng semasa memandu memang tak dapat dinyatakan betapa mudah dan selesa.

Keadaan tayar yang yang betul betul grip di atas jalan raya juga sangat meyakinkan.

4. Air cond sejuk

-Keadaan aircond juga memang sangat sejuk. Bagi seat dibelakang, exora menyediakan blower asing yang boleh di set kan kelajuan 1 hingga 4.

Masa yang diperlukan untuk sejuk juga sangat cepat. Ia merupakan satu kelebihan bagi penumpang di belakang.

5. Rupa

-Kehadiran rupa yang sangat elegan dan kelihatan sporty untuk model MPV Segmen C ini juga sangat menarik.

Penampilan paling ketara dapat dikesan ialah visual belakang, mengambil konsep sama seperti Iriz facelift, iaitu panel atas pintu but hitam dengan lencana ‘TURBO’ dan ‘EXORA’ di penjuru kiri dan kanan, yang asalnya diperkenalkan pada edisi facelift 2017.

Lampu belakang meminjam rekaan asal daripada model CFE, iaitu jenis jernih.

-Rupa depan kini lebih sporty dan agresif tanpa kemasan krom apabila bahagian gril digelapkan sepenuhnya.

Bampar depan juga sama, cuma diberikan kemasan hitam pada difuser tepi bawah, termasuk skirt. Antena konvensional digantikan dengan antena sirip yu.

6. Jimat petrol

-Bagi sebuah MPV yang besar dan selesa ini, ia boleh dikatakan sangat jimat minyak berbanding dengan model MPV yang lain.
exora 2022

Warna

Terdapat 5 Warna menarik yang ditawarkan iaitu Ruby Red, Snow White, Indiana Grey, Coca Grey dan warna paling baharu Rosewood Maroon.

Kesimpulannya, terdapat permintaan yang agak tinggi untuk Proton Exora.

Manakan tidak, Proton Exora masih mampu menjadi juara segmen dalam industri automotif Proton.

exora 2022

Leave a Reply

Your email address will not be published.