Skip to content

Proton Malaysia

Proton Persona Baru 2022: Ciri-Ciri dan Harga Penuh

  • by

persona 2022

Proton hari ini turut melancarkan secara rasmi Persona 2022 iaitu model sedan segmen B untuk pasaran tempatan.

Seperti yang diketahui umum, Proton Persona kali ini dilancarkan bersama kembarnya iaitu Proton Iriz.

Untuk edisi terbaru kali ini, Proton telah melakukan banyak penambaikan dari segi reka bentuk penampilannya dan peningkatan ciri ciri keselamatannya.

Proton Persona merupakan salah satu kereta yang mampu milik untuk rakyat Malaysia.

Dengan tawaran harga berpatutan yang diberikan, ianya sangat sesuai untuk dijadikan kereta eksekutif bagi orang bujang atau yang berkeluarga.

persona 2022
Varian

Pada pengeluaran Proton Persona 2022 kali ini, ia didatangkan dengan tiga jenis varian iaitu Standard, Executive dan Premium yang dijana dengan kuasa enjin 1.6l VVT dengan transmisi automatic CVT.

Menjadikan Premium sebagai varian paling Ekslusif dan moden membuatkan persona 2022 ini sebagai model yang berbaloi kerana reka bentuk sedan subkompak nya supaya lebih segar dan releven dipasaran.

persona 2022

Enjin

Bagi sistem janaan, ia kekal sama menggunakan enjin 1.6 liter VVT empat-silinder, dengan janaan kuasa 107 hp pada 5,750 rpm dan tork 150 Nm pada 4,000 rpm.

Begitu juga dengan Punch CVT. Untuk transmisi, Proton mendakwa telah melakukan penambahbaikan dalaman dan karakter pemanduan bagi unit berkenaan.

Gabungan suspensi MacPherson Strut (depan) dan Torsion Beam (belakang) memberi kelebihan dalam pemanduan, lebih-lebih lagi dengan penggunaan tayar bersaiz 185/55R16 (Executive dan Premium) dan 185/55R15 (Standard).

persona 2022
Reka Bentuk Luaran

Proton masih lagi mengekalkan reka bentuk lampu utama dan lampu belakang dengan rekaan gril infinite weave frame ethernal bow.

Dilengkapi juga dengan logo baru Proton dan lampu utama yang digunakan ialah lampu jenis LED bagi model Premium.

Varian Standard dan Executive menggunakan lampu jenis headlights halogen berserta DRLs.

Bagi bahagian belakang, lampunya kelihatan sedikit gelap untuk memberikan imej yang lebih menarik bagi persona 2022 ini.

Terdapat tambahan rekaan luaran pada varian premium iaitu bumbungnya yang berwarna hitam.

persona 2022

Rekaan Dalaman

Perubahan ketara adalah pada ruangan kabin.

Pada papan pemukanya, dihidangkan sebuah paparan skrin infotainment terapung dengan saiz 8 inci yang cukup besar dan jelas menghiasi ruang kabin.

Juga dilengkapi dengan sistem arahan suara “Hi Proton” yang bukan sahaja boleh mengawal fungsi tingkap, malah khusus untuk pengendalian sistem penghawa dingin.

Selain itu, sistem “Hi Proton” juga boleh mengendalikan sistem tunjuk arah, strim muzik, menyediakan sambungan 4G dan wifi sama seperti model Proton yang lain seperti SUV X50 dan SUV X70.

Ini merupakan salah satu kelebihan yang menjadikannya berbaloi untuk dimiliki.

Ventilator penyaman udara direka baharu, dengan panel kawalan dalam paparan digital.

Penyaman udara juga didatangkan dengan penapis N95, untuk kualiti udara dalaman yang lebih baik.

Kesemua varian didatangkan dengan enam port USB, iaitu tiga di depan dan dua di belakang, serta satu lagi pada cermin pandang belakang untuk kegunaan kamera pemuka (dashcam).

Selain itu, ciri ciri khas yang ditambah baik dalam Persona 2022 ialah seperti smart key, push start button, suis Eco Mode, bukaan but kereta dari jauh dan juga cermin sisi elektirk lipatan automatik.

Dalam bahasa mudah, Persona kini dihasilkan untuk menjadi sebuah sedan yang bukan sahaja praktikal tetapi lebih banyak ciri yang memudahkan penggunaan.

Malahan, keistimewaan lain bagi varian Premium ialah rekaan kabin dengan rekaan kemasan kulit sintetitk (leatherette) coklat, mirip seperti model SUV X70.

Bagi varian Executive, ia dilengkapi dengan kerusi balutan fabrik. Tidak lupa juga perehat lengan yang kini turut tersedia. Ini men jadikannya imej persona lebih “gah” dimata peminatnya tersendiri.

Konsol tengah telah direka semula dengan menempatkan tiga slot meletakkan cawan dan beberapa butang fungsi pada bahagian tuil transmisi.

Bagi kadar penggunaan bahan api, ianya lebih jimat berbanding model terdahulu. Kadar sistem NVH juga lebih senyap dengan operasi CVT yang jauh lebih senyap dan lancar.

Kurang gegaran, serta kabin yang senyap tanpa bunyi bising angin ketara menerjah masuk memang antara kelebihan utama Persona ini ketika pemanduan santai di lebuh raya.

Kadar penggunaan bahan api Proton serendah 6.6 liter untuk setiap 100 km untuk Persona 2022.

persona 2022

PERSONA FULL SPEC

PERSONA STANDARD

• Saiz Tayar 185/55 R15 Aloi
• Tiada Day Running Light
• Tiada Lampu Depan Auto
• Tiada Follow Me Home Light
• Kemasan Aloy Rim – Single Tone
• Cermin Sisi – Manual Folding
• Tiada Suis Stereng Untuk Audio
• Paparan Maklumat LCD
• Kemasukan Kunci (key entry)
• Tiada Anti Driver Trap
• Tempat duduk Fabrik
• Tiada Folding Rear 60:40
• Radio & Audio Standard
• Tiada Perintah Suara
• Tiada Penstriman Muzik Dalam Talian
• Tiada Navigasi Dalam Talian
• Tiada Kesambungan Telefon Pintar
• Tiada 4G dan Wifi
• 2 Pembesar suara
• 4 Beg Udara SRS
• Tiada Sensor Letak Kereta Depan
• Tiada Kamera Undur
persona 2022
PERSONA EKSEKUTIF

• Saiz Tayar 185/55 R16 Aloi
• Lampu LED
• Tiada Lampu Depan Auto
• Dengan Follow Me Home Light
• Kemasan Aloy Rim – Single Tone
• Cermin Sisi – Auto Fold
• Dengan Remote Rod Releaser
• Suis Stereng Untuk Audio
• Paparan Maklumat TFT
• Smart Entry Dan Press Entry
• Anti Trap Driver Window
• Tempat duduk Fabrik
• Dengan Folding Rear 60:40
• 8″ Audio Skrin Sentuh Terapung
• Tiada Perintah Suara
• Tiada Penstriman Muzik Dalam Talian
• Tiada Navigasi Dalam Talian
• Kesambungan Telefon Pintar
• Tiada 4G dan Wifi
• 4 Pembesar suara
• 4 Beg Udara SRS
• 2 Sensor Tempat Letak Kereta Hadapan
• Dengan Kamera Undur

PERSONA PREMIUM

• Saiz Tayar 185/55 R16 Aloi
• Lampu LED
• Dengan Lampu Depan Auto
• Dengan Follow Me Home Light
• Kemasan Aloy Rim – Dwi Tone
• Cermin Sisi – Lipat Auto
• Dengan Remote Rod Releaser
• Kerusi Pemandu Kulit
• Suis Stereng Untuk Audio
• Paparan Maklumat TFT
• Smart Entry Dan Press Start
• Anti Driver Trap Window
• Tempat Duduk Kulit
• Dengan Folding Rear 60:40
• 8″ Audio Skrin Sentuh Terapung
• Dengan Perintah Suara
• Dengan Penstriman Muzik Dalam Talian
• Dengan Navigasi Dalam Talian
• Kesambungan Telefon Pintar
• Dengan 4G dan Wifi
• 4 Pembesar suara
• 6 Beg Udara SRS
• 2 Sensor Tempat Letak Kereta Hadapan
• Dengan Kamera Undur
persona 2022
Ciri Ciri Keselamatan

Dari aspek keselamatan pula, Proton Persona masih mengekalkan pengiktirafan lima bintang dari ASEAN NCAP seperti yang di umumkan dimedia sebelum ini.

Ia diumumkan selepas lulus ujian yang dijalankan keatas model ini.

Dilengkapi dengan enam beg udara, kawalan kestabilan elektronik, kawalan cengkaman serta hill hold assist.

Tidak lupa juga dengan penambahan ABS dan EBD.
persona 2022
Apa Itu Abs Dan Ebd?

ABS adalah singkatan bagi anti lock braking sistem yang merupakan dari inovasi sistem pertahanan pada kenderaan untuk menjaga keselamatan pengendara dengan mekanismenya dapat menghindari terjadinya penguncian roda ketika dilakukan penghentian laju secara mendadak.

EBD bermaksud Electronic Brake-force Distribution atau sistem agihan kuasa brek elektronik.

Fungsi utama EBD ialah mengagihkan kuasa brek dengan betul di keempat-empat penjuru tayar.

Warna

Warna teras tersedia dalam ketiga-tiga varian Persona 2022 ialah Armour Silver, Rosewood Maroon dan Ruby Red. Standard 1.6 juga mendapat Jet Grey sentuhan dari Premium 1.6, tetapi terlepas pada Snow White, yang dikhaskan untuk varian Eksekutif dan Premium.

Akhir sekali, Space Grey adalah eksklusif untuk varian Premium teratas.

Harga

Harga jualan tanpa insurans termasuk ‘pengecualian cukai’ yang ditawarkan bermula dari RM45,800 untuk varian 1.6L Standard CVT, RM50,800 untuk varian 1.6L Executive CVT dan RM55,800 untuk varian 1.6L Premium CVT.